Khamis, 23 Mei 2019

Tajuk 7 : Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran




 TAJUK 7 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


1. PENDAHULUAN

         Menurut Lee Shok Mee (1955), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Pengurusan bilik pembelajaran meliputi aspek seperti iklim dan persekitaran bilik darjah, komunikasi dalam bilik darjah, pengurusan pembelajaran dan pengajaran dan  pengurusan disiplin murid.

2. ISI- ISI PENTING

         Terdapat jenis- jenis bilik pembelajaran, antaranya ialah makmal sains, bilik darjah, makmal computer, pusat sumber, bilik tv , taman pertanian dan sebagainya. Cara pengurusan amat penting dalam sesuatu bilik pembelajaran . Sebagai contoh, bilik darjah yang disusun  mejanya mengikut  susunan Pembelajaran  Abad ke 21 (PAKK). Bagi setiap bilik darjah pula mempunyai guru kelas, ketua kelas, bendahari, setiausaha dan ajk – ajk kebersihan dan keceriaan kelas. Di dalamnya pula terselit beberapa elemen unsure fizikal dimana keperluan yang dapat membantu sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran seperti papan kenyataan, sudut bacaan, carta organisasi, jadual tugas bagi kebersihan kelas
         Seterusnya konsep interaksi fizikal dalam bilik darjah dimana interaksi ialah proses saling bertindak melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang. Antara konsepnya ialah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, murid dengan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid serta interaksi computer.
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-guru adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan  perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain

         Seterusnya, ialah iklim bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan. Terdapat tiga kesan yang mempengaruhi suasana bilik darjah iaitu suasana sosial, suasana fizikal dan suasana emosi. Suasana sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.sehubungan ini bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran

3. PENUTUP

        Secara kesimpulannya, strategi mengurus bilik pembelajaran adalah amat penting untuk memastikan kecemerlangan pelajar dalam menimba ilmu di dalam kelas yang kondusif,selesa,lengkap dengan peralatan,teknik yang betul dan kemahiran-kemahiran yang tepat digunakan semasa proses P&P. Hal ini juga akan membuatkan pelajar berasa gembira, dan suka untuk belajar sekiranya pendekatan yang digunakan oleh guru adalah betul. Interaksi di dalam kelas juga meningkatkan pelajar dan guru untuk terus berkomunikasi.



RUJUKAN





 PETA MINDA




















NOTA TAMBAHAN




Daripada bilik kuliah tradisional ke digital





NIK Ariff (tengah) bersama-sama Dr Kalai (kiri) dan Dr Arhammembincangkanpenyelesaianpendidikanterbarubertujuanmengubahbilikdarjahtradisionalkepada digital


DARI kiri, NikAriff, Dr Kalaidan Dr Arhambergambarkenanganpadaacara Digital Campus 2016.


NIK Ariff (kiri) bersama Dr Arham memberi penerangan mengenai kepentingan penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke -21.





Nor Hanisah Kamaruzaman
rencana@hmetro.com.my

Perkembangan teknologi banyak mengubah cara belajar di seluruh dunia menjadikan proses pembelajaran semakin melangkaui ruang fizikal bilik kuliah dan bersifat lebih global. Rentetan itu, ramai penyelidik dalam bidang akademik di dalam dan luar negara giat menerokai potensi teknologi serta peralatan mudah alih untuk menyokong proses pembelajaran. Tidak mahu ketinggalan mengoptimumkan keupayaan teknologi dalam sektor pendidikan tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan langkah proaktif dan pembaharuan secara berperingkat menerusi pengenalan konsep bilik darjah digital. Transformasi yang diperkenalkan itu bagi menggantikan konsep pembelajaran tradisi selain selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang antara lonjakan utamanya Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global.
      Pengarah Bahagian Hubungan Industri KPT Prof Madya Dr Arham Abdullah berkata, langkah itu perlu bagi meningkatkan penggunaan teknologi dalam landskap pendidikan pada abad ke-21. Menurutnya, penggunaan teknologi itu juga diharap mampu membuka dimensi baru ke arah kecemerlangan sektor pendidikan tinggi sekali gus memacu kejayaan lebih gemilang untuk jangka panjang. “Menjadi aspirasi kementerian untuk mencipta sistem pendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh di peringkat global bagi membolehkan negara kita mampu bersaing dalam ekonomi antarabangsa. “Pemain industri perlu menjadi peneraju bagi membolehkan inovasi dan transformasi pendidikan secara digital dapat direalisasikan. “Kami akan terus bekerjasama dengan industri untuk membangunkan sistem yang kurang fokus pada kaedah tradisional, sebaliknya menjadi laluan akademik dengan meletakkan nilai sama ke atas latihan yang sangat diperlukan di bidang teknikal dan vokasional bagi meningkatkan kebolehpasaran kerja,” katanya.
       Buat masa ini Microsoft Malaysia dengan sokongan KPT memperkenalkan satu penyelesaian pendidikan terbaru untuk mengubah bilik kuliah tradisional menjadi digital. Menerusnya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih mudah dengan penggunaan aplikasi tertentu ketika kuliah, penggunaan media sosial untuk menghantar bahan pengajaran, tutorial dan sebagainya sekali gus berkeupayaan meningkatkan komunikasi hingga ke peringkat global sama ada secara dua hala atau lebih. “Bagi tujuan itu, KPT giat mengejar teknologi dan inovasi bagi memenuhi keperluan warga kampus serta mewujudkan pengalaman pembelajaran interaktif. “Suasana P&P juga akan menjadi lebih menarik melalui penggunaan elemen ICT seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang mampu meningkatkan tahap kemahiran berfikir serta berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah, seterusnya membuat keputusan,” katanya.
        Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Sektor Awam Microsoft Malaysia Nik Ariff Nik Omar mengakui teknologi bakal memainkan peranan lebih besar dalam mengubah sistem pendidikan pada masa depan. “Kami menjangka pendidikan abad ke-21 berkembang pesat dengan teknologi bakal berada di barisan hadapan dalam pendidikan serta melengkapkan pelajar dengan kehidupan serta kemahiran kerja yang mampu bersaing di peringkat global. “Seiring dengan generasi muda membentuk kira-kira 62 peratus daripada tenaga kerja pada tahun 2015 serta peningkatan akses kepada teknologi seperti mudah alih dan penyimpanan awan (penyimpanan teknologi komputer berasaskan Internet), terdapat permintaan tinggi bagi kandungan digital dan pengalaman melalui pelbagai aplikasi serta platform dalam talian. “Menerusi kecanggihan teknologi, kami mampu mewujudkan suasana dan pengalaman baru untuk guru serta pelajar. Ditambah pula dengan pelbagai kaedah untuk berhubung dan ini secara semula jadi mengarah kepada perubahan dalam pengajaran serta pembelajaran seperti yang kami tunjukkan hari ini,” katanya.
        Memberi pendapat yang sama, Pakar Teknologi dan Pensyarah Kanan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) Dr Kalai Anand Ratnam berkata, beberapa teknologi utama Microsoft sudah mengubah bilik darjah untuk pembelajaran kolaboratif. Antara alat yang digunakan ialah Microsoft’s Skype for Business (sebahagian perisian Office 365 untuk pendidikan) yang membolehkan komunikasi dan kolaborasi dari mana-mana tempat dan bila-bila masa tanpa menggunakan sebarang peranti. “Selain kemudahan yang diwujudkan teknologi berasaskan awan (Internet), alat pembelajaran oleh Microsoft akhirnya meningkatkan kerjasama di dalam dan di luar bilik darjah. “Ia turut menyediakan pelbagai pengalaman pembelajaran berkenaan kehidupan sebenar di peringkat global seperti pelajar berhubung dengan pendidik secara maya dan meraih manfaat dari seluruh dunia,” katanya.Nik Ariff berkata, dengan transformasi digital dalam pendidikan sebagai fokus utama, Microsoft akan terus mempromosikan pembelajaran abad ke-21 di Malaysia. “Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi tempatan, komuniti, sekolah dan pendidik untuk menggunakan kuasa teknologi maklumat dalam menyediakan pembelajaran mudah diakses di mana-mana saja,” katanya.


Rujukan

Nor Hanisah Kamaruzaman. (2016, 14 November ). Daripada bilik kuliah tradisional ke digital. Harian Metro. Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/node/181498.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAJUK 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

                                    TAJUK 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU & DISPLIN 1. PENDAHULUAN              Tingkah laku adalah ...