TAJUK 8: PENGURUSAN TINGKAH
LAKU & DISPLIN
1. PENDAHULUAN
Tingkah laku adalah apa yang
dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga adalah semua
tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai dan sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar. Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh
setiap organ.
2. ISI-ISI PENTING
Seterusnya ialah prosedur disiplin di sekolah.
Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan
Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini
mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang
terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan
disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
18/1998: Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998),
iaitu: penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan
tatatertib; pelaksanaan proses tatatertib, dan mengenakan hukuman tatatertib.
Prosedur pertama ialah interaksi guru dan pelajar di bilik darjah. Interaksi
ini menggalakkan semua guru menggabung jalinkan masalah dan gejala disiplin
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting
kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Seterusnya,
memperkasakan penerapan moral dan agama. Pembentukan akhlak mulia penting
kerana akhlak terbentuk dalam jiwa dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika
akhlak baik, perbuatan juga akan baik dan sebaliknya. Selain itu, bimbingan dan
kaunseling. Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah, khususnya di kaunselor harus
berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani
masalah disiplin. Sebagai pembimbing professional, mereka mempunyai tugas
membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga
membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah.
3. RUMUSAN
Antara
isi-isi penting yang dapat saya rumuskan dalam tajuk Pengurusan Tingkah Laku
dan Displin dimanaTingkah laku itu berkait rapat dengan hal displin pelajar.
Jika tingkah laku yang ditunjukkan pelajar baik,maka tidak akan timbul hal
displin oleh seorang pelajar. Selain itu, persekitaran rumah dan sekolah yang
tidak kondusif akan menyebabkan tingkah laku bermasalah negatif akan berlaku. Seterusnya,
displin pelajar bergantung kepada pengaruh rakan sebaya dan juga dari didikan
ibu-bapa. Penyelesaian masalah dari pelbagai pihak sedikit sebanyak dapat
membantu dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah.
RUJUKAN
1. Definisi
Tingkah Laku dan Masalah Disruptif. Dimuat turun daripada
2. Konsep Dan
Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah. (30 Ogos 2012). Faktor
yang menyebabkan tingkah laku. Dimuat turun
daripada
3. Kamus Dewan
Edisi Terbaru (1989). Kuala Lumpur: Dewan bahasa & Pustaka
4. Ponteng sekolah
catat rekod tertinggi salah laku disiplin 2017. ( 21 Mac 2018).
Statistik Salah laku Displin Pelajar Sepanjang
Tahun 2017. Diperolehi daripada
5. Mok Soon Sang
(Januari 2011), Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku,
Selangor:Penerbitan Multimedia SDN.BHD. M/s
185
6. Omardin Ashaari
(1997), Pengurusan Sekolah, Kuala lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. M/s 182
NOTA TAMBAHAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan